Well, today i shall write in Malays because long time i never practice it.
Detik kegembiraan sedang menanti-nantikan saya kerana keesokan hari saya akan pulang rumah and tidak perlu bekerja pada Sabtu ini. Kebelakangan ini, saya senang naik marah dan tidak bertolak-ansur terhadap orang yang mendampingi saya selalu. Kemarahan ini menunjukkan situasi Maxy mulai tidak tenteram and mula kacau-bilau. Saya tidak suka keadaan saya yang terlalu memencilkan diri saya sendiri walaupun berulang kali mengingatkan diri sendiri bahawa kehidupan saya memuaskan. Walaupun begitu, keadaan yang kacau-bilau mengikuti saya detik saya berada di Singapura. Pada saat ini, saya sangat dan ingin berada di sisi keluarga saya yang dicintai kerana mereka merupakan tulang belakang saya yang kuat dan teguh. Ketidakhadiran mereka mengakibatkan saya berasa takut terhadap kehidupan saya yang porak peranda. Tidak boleh mendefinisikan kehidupan saya begitu teruk kerana saya mempunyai ramai kawan yang boleh mengongsi masalah saya yang tidak begitu genting.
Usia yang semakin meningkat amat merisaukan saya kerana saya tidak mempunyai hala tuju yang terang. Keadaan ini merisaukan saya kerana dari kecil lagi, semua orang sayang akan saya dan menjagai saya. Saya tidak perlu risau akan masa hadapan.
Walaubagaimanapun, Maxy akan terus berjuang untuk keluarganya yang harmoni dan comel. Tiada orang dapat memisahkan hubungan erat kita yang intim. Walaupun saya merupakan seekor ketam yang sensitif and pessismitik, Maxy juga dapat berdikari kerana tanpa keteguhan dan kekuatan saya, saya mungkin tidak dapat menghabiskan pelajaran saya di universiti yang begitu banyak saingan hebat. Kejayaan saya di pelajaran membolehkan ibubapa saya begitu bangga dan gembira kerana saya adalah anak pertama yang berjaya memasuki universiti terunggul di Malaysia.
Detik-detik kegembiraan dan kesedihan yang senantiasa mendampingi saya akan dihadapi oleh Maxy dengan kekuatan rohani . Pendek kata, kehidupan saya boleh dikatakan amat memuaskan jika mahu membuat perbandingan dengan orang lain. Oleh itu, saya berharap saya dapat mengawal perasaan saya yang tidak menentu and bercelaru. Saya rasa kehidupan saya tidak terkawal apabila terdapat orang kesukaan berjaya menceroboh isi hati saya yang lemah. Lelaki merupakan ancaman hangat yang tidak dapat dikawal oleh saya. Ini merupakan kelemahan saya yang sangat bahaya.
That's all for today. Yeppie, cant wait to go back liao coz my schedule is pack for this weekend.
Blog again.
Friday, May 20, 2005
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment